F Emma Maembong, Aiman Hakim serasi digandingkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Emma Maembong, Aiman Hakim serasi digandingkan

Selain selesa bergandingan dengan teman lelakinya, Kamal Adli, pelakon yang baru dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABOBH ke- 29, Emma Maembong mengakui, serasi beraksi di sisi Aiman Hakim Ridza. Pernah mencuit penonton menerusi drama, Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa, pasangan ini kembali dipertemukan dalam filem, Kimchi Untuk Awak. "Setiap kali bergandingan bersama, lakonan kami pasti membekas di hati penonton. Alhamdulillah kerana gandingan kami menerima pujian ramai, malah penonton mengakui tidak puas melihat lakonan kami berdua. Mungkin di luar Aiman kelihatan serius, tetapi dia gemar mengusik ketika di set penggambaran. "Mungkin di situ keserasian kami kerana saya juga gemar mengusik. Pernah saya merakamkan gambarnya sedang tidur di lokasi penggambaran dan memuat naik di laman sosial. Dari situ, peminat dapat melihat kemesraan kami sekali gus membuatkan kami serasi di mata mereka," katanya. Sedang sibuk di lokasi penggambaran Assalamualaikum Cinta bergandingan dengan Kamal Adli, Saharul Ridzwan dan Ayda Jebat, Emma menyifatkan Aiman sebagai seorang yang spontan dan sering memberikan persembahan yang di luar jangkaan. "Setiap kali berlakon bersama, saya perlu sentiasa bersedia. Banyak idea spontan yang akan muncul dan ada ketikanya, di luar jangkaan namun ia mencuit hati. Pernah saya tertanya sendiri, mengapa Aiman berlakon tidak mengikut skrip? Semua itu mencabar kemampuan saya. "Mahu atau tidak, saya perlu bertindak pantas untuk mengimbangi situasi. Itu yang membuat saya selesa setiap kali bergandingan dengannya," katanya. Filem arahan Michael Ang yang turut dibintangi Janna Nick itu menjalani penggambaran di Korea Selatan dan sekitar Kuala Lumpur sejak Apirl lalu.


Powered by Blogger.