F Elaine Daly kongsi momen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Elaine Daly kongsi momen

DRYPERS Malaysia tampil menyerlahkan hubungan istimewa yang dikongsi ibu-ibu dengan anak mereka menerusi pelancaran program Moms Of Malaysia yang diadakan di IOI City Mall, baru-baru ini.

Pelancaran kempen tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada selebriti terkenal Elaine Daly.

Berkongsi  pengalamannya, Elaine berkata, pelancaran kempen berkenaan satu kejayaan yang  membanggakan.

"Ia secara tidak langsung menyuntik semangat ibu-ibu untuk lebih mesra dan mempamerkan kasih sayang mereka sebagai ibu dan anak," katanya.

Jelasnya, menerusi program itu, mereka mendidik ibu seluruh dunia supaya lebih menghargai detik-detik indah bersama anak mereka.

"Ini termasuklah pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama, sama ada ketika menyuapkan makanan, menukar lampin, memandikan anak dan sebagainya," katanya.

Pada masa sama, Elaine sempat berkongsi mengenai momen manisnya bersama cahaya mata sulungnya, Eva Jean Boden yang kini berusia sembilan bulan.

"Saat kita melahirkan dan membesarkan anak berlalu dengan pantas, kerana itu hargailah ia kerana memori tersebut merupakan pengalaman hebat yang akan diingati seumur hidup," katanya.

Selain itu, kempen tersebut turut menyelitkan program kebajikan yang dipanggil Share A Little Comfort.

“Menerusi program ini kami berkesempatan membantu golongan kurang bernasib baik.

"Kali ini kami membaik pulih rumah anak yatim yang dihuni kanak-kanak kurang bernasib baik itu. Ia seiring dengan misi Drypers yang mementingkan keselesaan dan kami percaya penting untuk kanak-kanak tersebut membesar dalam persekitaran yang membuatkan mereka rasa seperti di rumah,” katanya.

Antara rumah anak yatim terlibat adalah Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat di Banting.

Elaine juga meminta ibu bapa di luar sana sama-sama menyokong program kebajikan ini.

"Ibu bapa digalakkan menyumbang dan menyertai pasukan Drypers dalam usaha menaik taraf tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016.

"Ahli-ahli Drypers Baby Club juga boleh membantu menerusi mata ganjaran menerusi pelbagai saluran disediakan," katanya.
Powered by Blogger.