F Eira Syazira batal rakam single dengan Wali Band | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Eira Syazira batal rakam single dengan Wali Band

Demi memastikan keselamatan kandungan yang baharu memasuki bulan kedua, Eira Syazira, mengambil keputusan membatalkan rakaman single ketuhanan bersama kumpulan Wali Band di Jakarta, Indonesia. Eira atau nama sebenar Syazira Shuhaimi, 31, berkata, proses rakaman sepatutnya dilakukan dalam tempoh terdekat bagi edaran Ramadan nanti namun keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuknya meneruskan rancangan berkenaan. "Alhamdulillah pihak pengurusan Indonesia memahami situasi saya baharu disahkan hamil anak kedua. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat kerana kandungan masih baharu selain agak berbahaya bagi ibu hamil trimester pertama menaiki penerbangan. "Kita hanya merancang namun Allah yang menentukan. Ini adalah rezeki yang diberikan-Nya. Saya menerima percaturan yang dibuat untuk kami sekeluarga dengan hati terbuka. Jika tiada aral saya akan ke Jakarta apabila kandungan sudah kuat bagi merakamkan single kedua," katanya. Bercerita mengenai pengumuman berita kehamilannya di laman sosial Instagram, Eira mengakui masih terlalu awal untuk berkongsi berita baik itu namun memahami situasi suaminya, Azad Jasmin yang teruja sebaik menerima perkhabaran gembira itu. "Sebenarnya masih terlalu awal kerana kandungan saya baharu lapan minggu. Namun saya tahu suami terlalu gembira kami bakal menimang cahaya mata lagi. Tergelak saya dibuatnya kerana tidak menyangka begitu awal dia membuat pengumuman. "Kami pun tidak merancang mengenai hal anak dan sebenarnya memang menunggu tiga tahun lagi untuk menambah ahli keluarga memandangkan saya menjalani pembedahan ketika proses kelahiran anak sulung. Tidak sangka selepas tiga tahun, Allah terus memberikan rezeki kepada kami sekeluarga. "Anak sulung saya, Amarra turut teruja dimaklumkan dia bakal mendapat adik. Biarpun masih kecil, dia pasti mencium perut saya mengucapkan selamat pagi kepada adiknya. Keletahnya itu menceriakan kami sekeluarga," kata Eira. Azad dan Eira bernikah pada 16 September 2011 di kediaman keluarga aktres itu di Putrajaya. Pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata, Amarra Sofea Rose,3.


Powered by Blogger.