F Dua musim bersama, Nabil pilihan HBO Sentral | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dua musim bersama, Nabil pilihan HBO Sentral

SELEPAS dua musim, HBO Sentral menggunakan pendekatan dinamik yang baharu demi memastikan penonton terus disajikan dengan rancangan hiburan terbaik.

Sejak diperkenalkan pada 2014, program bulanan dalam bahasa Melayu ini direka semata-mata untuk berinteraksi dengan penonton di Malaysia.

Pada masa sama, program ini juga berfungsi sebagai panduan lengkap kepada penonton mengenai hiburan terkini yang ditawarkan oleh saluran HBO, iaitu HBO dan Cinemax.

Malah, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad kembali meneruskan tugasnya sebagai pengacara HBO Sentral bagi musim ketiga pada setiap Ahad, jam 4 petang bermula 24 April di HBO (saluran 411/431).

Keadaan ini akan menyebabkan penonton di negara ini menyaksikan wajah segar yang baharu untuk program ini menerusi gaya penyampaian informasi oleh Nabil mengenai tawaran menarik serta peluang untuk memenangi hadiah yang menyeronokkan.

Tahun ini juga, penonton HBO Sentral bakal terpesona dengan HBO Sentral Movie Challenge yang berdasarkan tema filem setiap bulan.

Ia bakal melibatkan penyertaan daripada orang ramai sekali gus merasai detik kemasyhuran dengan muncul di program itu di HBO!

Selain idea interaksi dengan orang ramai, rancangan ini juga akan menampilkan beberapa selebriti dari Malaysia untuk bercakap tentang filem-filem baharu yang akan ditayangkan pada setiap bulan.

Peminat boleh menantikan kemunculan pelbagai selebriti seperti Faizal Ismail, Syafiq Kyle, Sabhi Saddi, Akhmal Nazri dan Dafi yang memberi ulasan mengenai filem kegemaran mereka di HBO.

Pada masa sama, HBO Sentral juga membawa gambaran seimbas kandungan di saluran-saluran HBO setiap bulan, seperti blokbuster Hollywood dan produksi HBO Original yang telah menang pelbagai anugerah.

Untuk maklumat lanjut tentang HBO Sentral, sila kunjungi www.astrocircle.com.my.
Powered by Blogger.