F Dua Ahli VIXX Pengsan Ketika Buat Persembahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dua Ahli VIXX Pengsan Ketika Buat Persembahan

DUA ahli kumpulan VIXX iaitu Leo dan Ravi pengsan ketika mengadakan sedang mengadakan persembahan di Mexico baru-baru ini.

Mereka sebelum itu dilaporkan mengadu mengalami sakit kepala dan berasa loya sebelum konsert bermula namun tetap meneruskan persembahan.

Syarikat pengurusan mereka iaitu Jellyfish Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu cuaca yang panas punca Leo dan Ravi tidak berada dalam keadaan baik pada hari tersebut.

"Syukur keadaan mereka tidak membimbangkan selepas dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Ahli lain tetap meneruskan persembahan kerana tidak ingin mengecewakan peminat yang hadir," kata wakil syarikat berkenaan seperti dilaporkan Soompi.

Dalam pada itu, Leo dan Ravi turut direhatkan daripada mengadakan sebarang persembahan dan telah pun pulang ke Seoul, Korea.
Powered by Blogger.