F Drama Strawberi & Karipap kembali! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Drama Strawberi & Karipap kembali!

SELEPAS dua musim drama, Strawberi & Karipap berjaya mencuri perhatian penontonnya, kini siri popular kanak-kanak itu kembali dengan menggandingkan dua selebriti terkenal iaitu Hisyam Hamid dan Fouziah Gous selaku teraju utamanya.

Bagaimanapun, bintang cilik Mia Sara dan Rykarl Iskandar masih dikekalkan memegang watak yang sama.

Berbeza dengan siri terdahulu, Strawberi & Karipap Musim Ketiga telah menjalani penggambaran di Hong Kong, menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama pihak Hong Kong Tourim Board (HKTB).

Sudah pasti, sinematografi berlatar belakangkan bandar raya Hong Kong yang cukup moden itu bakal memberikan ‘mood’ berbeza dalam drama ini.

Penolong Naib Presiden Astro Ceria & Segmen Remaja, Hadzelynda Khairuddin berkata, terdapat beberapa perubahan dari segi garapan dan barisan pelakon telah dilakukan semata-mata untuk beri yang terbaik buat penontonnya.

“Strawberi & Karipap adalah antara program yang mendapat sambutan baik daripada penonton dan disebabkan itu kami cuba beri kelainan dan pembaharuan supaya ia lebih segar untuk ditonton.

“Sudah pasti, kami telah melakukan penambahbaikan ke dalam musim kali ini terutamanya dalam memastikan mesej kekeluargaan itu disampaikan dengan cukup berkesan,” katanya.

Tambah Hadzelynda, lokasi penggambaran yang dijalankan di sekitar Hong Kong juga bakal memberikan pengalaman baharu buat penontonnya.

“Kami juga rasa bertuah kerana HKTB sudi bekerjasama dan menyediakan lokasi penggambaran yang menarik sekali gus menjadikan drama ini lebih segar untuk disajikan kepada penonton.

“Kami sangat berharap, penonton akan terhibur dengan buah tangan kami yang cukup istimewa ini,” katanya.

Drama 13 episod arahan Feroz Kader ini telah menemui penonton setia Astro mulai 7 Mei lalu di saluran 611, Astro Ceria dan Astro Maya HD, saluran 135, setiap Sabtu, jam 11 pagi.

Hisyam Hamid memegang watak sebagai Faris, ayah kandung kepada Haikal lakonan Rykarl Iskandar manakala Fouziah Ghous memainkan peranan Maya, ibu kandung Nini yang telah berkahwin dengan Faris.

Zizan Nin dan Nelydia Senrose yang sebelum ini menjadi teraju utama musim kedua Strawberi & Karipap akan turut membuat kemunculan khas dalam drama ini selain menampilkan seorang pelakon cilik baru, Chia Shue En.
Powered by Blogger.