F Doa Diana Amir hamil ketika di Sepanyol makbul | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Doa Diana Amir hamil ketika di Sepanyol makbul

Pelakon dan hos, Diana Amir, 29, bersyukur dikurniakan rezeki hamil lima minggu sekembali dari kunjungan ke Seville, Sepanyol pada April lalu. Katanya, beliau berdoa dianugerahkan cahaya mata kedua ketika menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ukhwah 4 Ummah (U4U) melawat tapak pembinaan masjid pertama di bandaraya itu. "Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih. "Nyata doa saya dimakbulkanNya. Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak. "Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik," katanya selepas pelancaran kempen projek usahasama pembinaan masjid, A Tile For Seville, hari ini. Selain Diana, kempen sumbangan RM10 yang berlangsung selama enam bulan itu turut disertai Fara Fauzana, Fynn Jamal dan Heliza Helmi. Terdahulu, perkahwinannya dengan usahawan, Mohd Habibbullah A Rahman sejak Oktober 2013 diserikan kehadiran cahaya mata perempuan berusia setahun dua bulan.


Powered by Blogger.