Berita Terkini
recent

DNA Sahkan Kim Hyun Joong Bapa Kepada Anak Bekas Teman Wanita

MAHKAMAH Keluarga Seoul mengesahkan bapa kepada anak yang dilahirkan oleh bekas kekasih Kim Hyun Joong adalah zuriat milik pelakon itu.

Soompi melaporkan keputusan itu dibaca selepas keputusan ujian DNA yang dilakukan atas permintaan bekas teman wanitanya itu yang dikenali sebagai A yang ingin membuktikan anak dikandungnya adalah milik Hyun Joong.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan semua kes melibatkan pertikaian membabitkan isu berkenaan dianggap selesai dan kes ditutup.

Peguam mewakili Hyun Joong memberitahu media pihaknya akan meneruskan dengan kes hak penjagaan anak tersebut namun masih belum dipastikan bila ia akan difailkan.

"Kes ini dianggap selesai dan kini kami akan memfokuskan pula kepada hak penjagaan bayi itu pula," katanya.

Pada 2014, wanita yang hanya dikenali sebagai A memfailkan saman terhadap aktor itu selepas dia didakwa melakukan serangan sebelum membuat permohonan ujian DNA dijalankan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.