F DJ Lin 'ketepikan' kekasih buat seketika | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

DJ Lin 'ketepikan' kekasih buat seketika

Kejayaan demi kejayaan diraih penyampai radio, DJ Lin, membuatkan beliau terpaksa ketepikan 'mood' bercinta buat sementara waktu. Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 40, menyifatkan, 2016 tahun yang memberi tuah buat beliau, lebih-lebih lagi selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29) dan perkara itu membuatkan beliau perlu fokus dalam kerjayanya. "Alhamdulillah, saya lihat 2016 memberi tuah kepada saya. Satu demi satu kemenangan saya raih. Semua ini berkat daripada sokongan peminat yang tidak pernah putus. "Jadi 'mood' bercinta perlu diketepikan buat sementara waktu untuk memberi fokus pada kerjaya. "Kami juga belum membuat sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Biarlah kami berkawan dulu," katanya kepada BH Online. Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan perhubungannya dengan kekasih, seorang ahli perniagaan yang juga peminatnya sendiri. Bagaimanapun, Lin tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya itu. Kemenangan penyampai Suria FM ini dalam kategori berkenaan menyaksikan dirinya menidakkan saingan daripada Abby Fana (Sinar FM), Feeya Iskandar (Sinar FM), Fizie (Hot FM) dan Deen (Hot FM). Tambah Lin, beliau turut menyifatkan, mengurangkan masa untuk bercinta adalah pengorbanan besar dilakukannya dalam mengejar cita-cita untuk berada di puncak kejayaan. "Mujurlah dia (kekasih) faham dengan apa yang saya inginkan. Ia sedikit-sebanyak memudahkan saya untuk bergerak. "Apapun, saya tidak mahu terlalu mencanang-canangkan mengenai hubungan kami. Biarlah ia sekadar diketahui saja, dan jodoh itu saya serahkan pada takdir," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu. Sebelum ini, beliau pernah memenangi Penyampai Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa. Manakala untuk Anugerah pilihan Online, beliau sekadar menjadi finalis bagi kategori Penyampai Radio Pilihan Online.


Powered by Blogger.