F Diskaun istimewa tiket konsert Slam hari ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diskaun istimewa tiket konsert Slam hari ini

Peminat yang menunggu saat-saat akhir untuk membeli tiket Konsert Kurnia Slam di Star Expo Centre, Kenangan Wholesale City (KWC) di sini, malam esok, bertuah kerana boleh memilikinya dengan diskaun 20 peratus. Tawaran istimewa itu bagaimanapun diberi bagi semua jenis tiket yang dijual semalam dan hari ini saja. Tiket dengan tawaran diskaun boleh dibeli di kaunter jualan di KWC. Mulai esok, peminat Slam akan dikenakan caj asal antara RM88 hingga RM399 bagi setiap tiket. Persembahan Slam yang popular pada era 1990-an cukup dinantikan. Ini kali pertama Slam diketuai vokalisnya, Zamani beraksi selepas 20 tahun. Konsert Unplugged Slam di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996 menjadi antara konsert terakhir kumpulan itu jika mengambil kira persembahan skala besar. Pada tahun 2012, band itu menjayakan Konsert Slam Kembali Merindu di Singapura. Konsert pada malam esok turut menampilkan Ronnie Hyper Act dan Hazama.


Powered by Blogger.