F Diseret Kereta, Awi Rafael Kini Stabil Selepas Jalani Pembedahan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diseret Kereta, Awi Rafael Kini Stabil Selepas Jalani Pembedahan

Penyanyi berasal dari Singapura, Awi Rafael kini dalam keadaan stabil selepas berdepan kemalangan jalan raya sekitar jam 1 pagi tadi berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara.

Memetik laporan BH Plus, menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, motosikal milik Awi dilanggar sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke studio muzik.

"Insiden itu turut menyebabkan dirinya diseret kereta berkenaan, menyebabkan kecederaan pada bahagian kakinya.

"Pemilik kereta itu bergegas membawanya ke hospital berdekatan. Dia dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi.

"Alhamdulillah kini Awi sudah okey dan menurut doktor, dia boleh keluar hospital sama ada hari ini atau esok," kata Anne.
Powered by Blogger.