F Dira Abu Zahar tinggalkan dunia seni | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dira Abu Zahar tinggalkan dunia seni

Pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar mengambil keputusan berhenti daripada lapangan hiburan bagi memberi tumpuan terhadap perkhidmatan kepada penggiat seni tempatan yang menjurus kepada nasihat perundangan. Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 32, berkata tindakan drastik itu diambil melihatkan senario industri seni yang semakin tenat selain kebajikan penggiat seni yang dipandang enteng sesetengah pihak. "Sudah tiba masanya saya tampil dan mempraktikkan bidang undang-undang yang dipelajari bagi membela nasib insan seni seperti saya. Oleh kerana saya sayangkan industri ini, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengubahnya. "Seseorang perlu menyuarakan pendapat melalui medium yang betul bagi mewujudkan undang-undang yang difahami oleh penggiat seni dan orang luar. Ramai yang melihat industri hiburan sebagai dunia popular namun hakikatnya ia 'sakit'. "Saya tidak mahu industri seni dipandang remah kerana kita turut sama menjana pendapatan kepada negara. Kebanyakan anak seni dihargai dan mendapat pembelaan hanya apabila sudah tiada. Kenapa perlu tunggu sehingga saat itu?," kata Dira. Dira ketika dihubungi BH Online mengesahkan kenyataan yang dikongsi di laman sosial Twitter semalam yang mana beliau bakal meninggalkan dunia seni bukan sekadar omong kosong. "Saya masih terikat dengan telefilem Tribute P.Ramlee yang diterbitkan Suhan Productions. Jika mengikut perancangan, ini adalah karya terakhir saya dalam bidang seni. Namun saya akan kembali selesai menyelamatkan industri seni. "Keputusan ini diambil kerana saya sayangkan bidang seni. Jika kita sayangkan sesuatu pastinya kita tidak mahu melihat ia terus hanyut dan lalai, oleh itu saya perlu bangkit dan melakukan sesuatu sebelum industri seni tempatan terus tenat," katanya. Dira yang mencipta nama di arena lakonan dan pengacaraan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.


Powered by Blogger.