F Dilwale Gagal, Kajol Tak Minat Lagi Main Filem Bollywood? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dilwale Gagal, Kajol Tak Minat Lagi Main Filem Bollywood?

Kegagalan filem Dilwale nampaknya masih membekas di hati Kajol. Sehingga saat ini, ibu dua anak itu dikatakan belum mahu menerima mana-mana tawaran main film Bollywood lagi malahan tuan punya badan mengaku bahawa dia kini bersikap lebih memilih berkaitan naskah satu-satu filem.

Menurut Kajol, saat ini sukar untuk mencari naskah filem yang benar-benar bagus di Bollywood. Namun ia masih memberi pengecualian buat filem karya suaminya tercinta, Ajay Devgan.

"Di samping ada banyak perubahan yang terjadi di dunia filem sejak kebelakangan ini, memang sukar untuk mencari naskah yang bagus.

"Tidak kiralah sama ada anda pendatang baru atau orang lama, untuk mendapatkan sesuatu yang bagus itu susah. Dan sekarang ini saya lebih bersikap memilih," ujar Kajol seperti dilaporkan Bollywood Life.

Menurut salah satu sumber, Kajol bekata demikian ekoran menyesal dan terkilan dengan dengan kegagalan Dilwale.

Difahamkan demi filem tersebut, Kajol sanggup menolak tawaran sutradara Sujoy Gosh. Namun malangnya, filem yang menyatukan semula dia dan hero idealnya, ShahRukh Khan, itu gagal di pasaran.

Saat ini Kajol sedang sibuk mempersiapkan projek tebaharunya bersama Ajay. Jika tak ada aral melintang, projek itu akan bemula pada September hingga Oktober tahun ini.

Bagaimanapun judul filemnya masih belum didedahkan kepada umum.
Powered by Blogger.