Berita Terkini
recent

Dikritik Selekeh Selepas Kahwin, Adira AF Punya Alasan Yang Tersendiri!

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adira Suhaimi yang sudah berkahwin pada tahun yang lalu dilihat agak berbeza berbanding dahulu sehingga menarik perhatian netizen.

Netizen mempersoalkan gaya Adira di Instagram dan mempertikaikan penampilan Adira sebagai seorang isteri yang sepatutunya kelihatan cantik dan berseri selepas berkahwin.

Namun, Adira punya alasan yang tersendiri atas penampilan dirinya yang terkini. Menurut Adira, dia lebih mengikut keselesaan untuk memakai apa sahaja yang diingini malah dia akui jarang keluar rumah semenjak berkahwin.

Bahkan, penampilannya bukan selekeh tetapi bersahaja. Netizen juga pernah menegur cara Adira bertudung yang dikatakan tidak memakai tudung dengan cara yang betul dan sepatutunya.

Apapun, setiap orang punya gaya penampilan yang tersendiri. Biasalah, kadang-kadang simple itu lebih cantik. Selagi aurat dan batas seorang isteri masih terjaga, jadi apa masalahnya kan? Doakan yang baik-baik saja.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.