F Diejek sebelum dapat tepukan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Diejek sebelum dapat tepukan

Filem ngeri Personal Shopper lakonan terbaru Kristen Stewart mendapat tepukan gemuruh selama seminit daripada penonton ketika tayangan di Festival Filem Cannes ke-69, Perancis, semalam.


Situasi itu berbeza ketika tayangan media kelmarin selepas filem arahan Olivier Assayas terbabit 'diboo' penonton sebaik cerita tamat.

Dalam Personal Shopper, Stewart, 26, membawa watak sebagai wanita muda yang berusaha berkomunikasi dengar kembar lelaki yang meninggal di Paris.

Assayas memberitahu Hollywood Reporter pengalaman 'diboo' pernah dilaluinya beberapa kali sebelum ini.

"Selalunya, keadaan sedemikian berlaku apabila penonton tidak faham mesej yang cuba disampaikan di penghujung cerita," katanya.

Pengarah itu berkata, setiap seniman perlu bersedia berdepan kritikan apabila menyertai Festival Filem Cannes.

Pada 2014, Stewart membintangi filem Clouds of Sils Maria yang juga arahan Assayas.
Powered by Blogger.