F Didie Alias Terkilan, Tak Bermusuh Dengan Fasha | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Didie Alias Terkilan, Tak Bermusuh Dengan Fasha

Dramatis Didie Alias berharap tiada pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Fasha Sandha kerana isu yang berlaku antara dirinya dan penganjur sebuah bazar tidak mempunyai kaitan dengan pelakon jelita itu.

Memetik laporan BH online, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 42, berkata walaupun terkilan dengan cara penganjur yang tidak profesional apabila terus berdiam diri daripada memberikan penjelasan, perkara itu langsung tiada kaitan dengan Fasha.

"Memandangkan isu ini tengah panas, saya harap tiada pihak yang cuba melaga-lagakan kami berdua. Dia tiada kena mengena langsung dalam perkara ini, walaupun Fasha menjadi pilihan menggantikan saya sebagai duta bazar itu. Saya dan Fasha sudah lama kenal, malah hubungan kami baik.

"Cuma saya tidak berpuas hati dengan penganjur yang masih lagi belum memberi sebarang penjelasan kepada saya mengenai perkara itu," katanya.

Didie pada minggu lalu, meluahkan rasa terkilan dengan penganjur sebuah bazar yang tidak memberinya sebarang penjelasan apabila melantik artis lain sebagai duta acara itu.

Didie mendakwa, dirinya terbabit dalam perancangan penganjuran bazar itu sejak awal meskipun tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan penganjur.

Pada masa sama, Didie memaklumkan akan mengadakan sidang media khas bersama beberapa artis lain yang terbabit dengan jualan bazar berkenaan kerana mendakwa, mereka dianiaya.

Sementara itu, melihat perubahan Didie yang kebelakangan ini sering menggayakan turban mengundang persoalan kepada orang ramai mengenai perubahannya yang barangkali sedang berjinak-jinak untuk bertudung litup.

Mengakui masih dalam proses mencari keserasian diri dengan imej bertudung, Didie berkata, beliau menggayakan turban untuk memenuhi minatnya dalam fesyen sebelum perlahan-lahan berhijab.
Powered by Blogger.