F Didie Alias mahu penjelasan penganjur fiesta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Didie Alias mahu penjelasan penganjur fiesta

Pelawak dan pengacara, Didie Alias terkilan dengan tindakan penganjur sebuah bazar yang tidak memberi sebarang penjelasan dengan melantik artis lain sebagai duta acara itu. Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 42, mendakwa dirinya terbabit dalam merancang bazar berkenaan sejak awal lagi biarpun tidak menandatangani perjanjian dengan penganjur. "Saya terkejut apabila mendapati sidang media melantik duta baharu diadakan penganjur, baru-baru ini. "Jika mengikut perbincangan sebelum ini, kata sepakat sudah dicapai. Malah, sebelum ini, saya terbabit dalam satu sidang media dan gambar saya juga digunakan bagi tujuan promosi bazar berkenaan," katanya kepada BH Online. Didie berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan duta baharu yang dilantik penganjur iaitu Fasha Sandha. "Saya hanya mahu penjelasan daripada pihak penganjur kerana membiarkan saya termanggu-manggu. "Mesej saya bertanyakan isu ini juga tidak dibalas," katanya Didie kesal namanya digunakan pihak terbabit sedangkan dirinya tidak mendapat sebarang pulangan. "Nama saya pernah dikaitkan dengan acara itu. Ibaratnya, maruah saya diperkotak-katikkan penganjur. Saya berhak tahu mengapa diperlakukan begini," katanya. Dalam perkembangan terkini, Didie baru selesai menjalani penggambaran telefilem Syahadah Yang Hilang arahan Ghaz Abu Bakar. Selain Didie, telefilem itu turut membariskan Lisa Surihani, Esma Daniel dan Syafiq Kyle.


Powered by Blogger.