F Dicemuh Kerana Jadi Duta Produk Ibu Sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dicemuh Kerana Jadi Duta Produk Ibu Sendiri

Biarpun dipandang serong oleh orang kelilingnya selepas didakwa menggunakan pengaruh ibunya, Datuk Ayu Puteh, yang juga penerbit Pencil Pictures & Records untuk berada pada kedudukannya hari ini, namun penyanyi yan semakin meningkat naik Wanna Ali, tenang berdepan tomahan tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, gadis berusia 18 tahun ini percaya pelantikannya sebagai duta produk dan bernaung di bawah syarikat rakaman yang diuruskan ibunya ada hikmah tersendiri.

"Pemilihan saya sebagai duta produk syarikat ibu sebab saya sudahpun menjalani testimoni sebelum ini. Sebaik saja produk dihasilkan, saya sendiri mencubanya.

"Saya masih ingat pesan ibu, kenapa mahu menggunakan khidmat orang lain untuk melakukan testimoni, sedangkan anak sendiri ada. Andai ada kesan timbul, ibu boleh melihat sendiri di depan mata dan mampu menanganinya secepat mungkin.

“Begitu juga dengan bidang nyanyian. Ibu memikirkan mengapa dia perlu berhabis duit untuk membangunkan bakat orang lain sedangkan dia tahu yang anaknya boleh menyanyi,” kata pelantun lagu Tak Mengapa ini.
Powered by Blogger.