F Dia Bukan Suami Orang - Fiza Elite | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dia Bukan Suami Orang - Fiza Elite

Pelakon Fiza Halim menyangkal dakwaan khabar kononnya dia bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga seorang juruterbang dalam masa terdekat ini.

Memetik laporan BH Online, ibu tunggal kepada anak dua ini berkata masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal kembali bergelar isteri memandangkan dia dan lelaki tersebut baru berkenalan.

"Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi.

"Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan," katanya mengulas mengenai tindakannya berkongsi status sedang menghitung hari dalam laman sosial sehinggakan ramai menyangka bekas penyanyi kumpulan Elite ini bakal berkahwin, tidak lama lagi.

Dalam pada itu Fiza turut menafikan dakwaan bahawa teman lelakinya yang di kenali sebagai J itu berstatus suami orang.

"Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu."

"Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan," katanya yang turut mengaku mengenali J pada awal tahun ini.

Fiza berpisah dengan Adam pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.

Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu.

Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.

Ketika berkahwin dengan Ahmed Farriq (bekas suami pertama), Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7.
Powered by Blogger.