F Deddy Dores meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Deddy Dores meninggal dunia

Penyanyi dan pencipta lagu terkenal Indonesia, Deddy Dores meninggal dunia di Rumah Sakit Bintaro, Jakarta Selatan pada kira-kira jam 11.45 malam semalam. Berita itu tersebut muncul dan tersebar dengan cepat di media sosial dan di kalangan netizen. Seniman kelahiran Surabaya, 28 November 1950 itu terkenal sebagai penyanyi dan penulis lagu slow rock. Populariti Deddy Dores antara lain ialah ketika menerbitkan album Hilangnya Seorang Gadis. Album yang diterbitkan pada 1971 itu dan seterus mengangkat namanya. Pada tahun 90-an Deddy menampilkan penyanyi muda paling berbakat yang pernah dimiliki Indonesia, iaitu Nike Ardilla. Deddy juga menjadi rakan duet Nike dalam beberapa lagu. Album Seberkas Sinar (1990) dan Bintang Kehidupan (1992) membuat bintang Nike mencapai puncak. Mengesahkan pemergian Deddy, adik Allahyarham, Yoni Dores memberitahu, abangnya berdepan masalah jantung sejak era 1980-an. Sebaik berita tersebar, laman maya menjadi medan peminat, karyawan, penggerak industri dan kenalan rapat Allahyarham meluahkan perasaan atas kehilangannya. Deddy yang dilahirkan di Surabaya pada 28 November 1950, dikebumikan di Sumedang, Jawa Barat. Deddy memulakan kerjayanya bersama kumpulan Rhapsodia pada tahun 1971. Namanya melonjak apabila menjadi penerbit album penyanyi Nike Ardilla pada tahun 1990. Penyanyi lagu Sangkar Emas itu juga pernah berduet dengan dua penyanyi tempatan iaitu Ella dan Siti Nordiana melalui lagu Mendung Tak Bererti Hujan dan Biar Seperti Bidadari. Sepanjang hayatnya, Deddy pernah membabitkan diri dalam arena politik lalu mengundur diri daripada dunia seni. Bagaimanapun Deddy menafikan keputusan mengejut meninggalkan bidang seni ada kaitan dengan kematian penyanyi Nike pada tahun 1995. Nike yang menjadi anak didik Allahyarham, cukup akrab dengannya terutama apabila lagu ciptaan Deddy, Bintang Kehidupan meledak di pasaran.


Powered by Blogger.