F Debaran Fattah Amin: Buat persiapan awal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Debaran Fattah Amin: Buat persiapan awal

BIARPUN masih baru di dalam bidang seni, kelibat anak muda berusia 26 tahun ini semakin mendapat perhatian.

Buktinya selepas mempamerkan bakat di dalam bidang nyanyian, pengacaraan dan lakonan, kini aktor tinggi lampai, Fattah Amin melangkah setapak lagi dalam mengembangkan karier seninya.

Mengakui tawaran yang datang itu sudah lama diidamkan, ujar Fattah, dia melakukan persiapan awal sebelum memasuki set penggambaran filem pertamanya, KL Special Force.

"Alhamdulillah ini rezeki buat saya dan saya rasa sangat terharu apabila Syafiq (Syafiq Yusof) memberi kepercayaan kepada saya untuk membintangi filem berkenaan.

"Dek kerana mahu memberikan yang terbaik, saya sanggup menolak tawaran drama dan mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.

"Saya juga meluangkan masa di gym untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal kerana ini merupakan sebuah filem aksi.

"Sejujurnya saya sangat teruja untuk membintangi filem ini, apatah lagi, berpeluang bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan yang lain-lain," katanya yang sudah berada di lokasi penggambaran filem terbitan Skop Productions ini sejak Isnin lalu.

Biarpun sudah ada yang mula mahu membandingkan filem berkenaan dengan Polis Evo, ujar Fattah, secara peribadi dia melihat dua filem itu sangat berlainan biarpun membawa genre dan kisah mengenai anggota polis.

"Saya rasa tak adil kalau orang kata filem ini sama seperti Polis Evo. Secara jujurnya selepas membaca skrip, saya lihat filem ini lain daripada lain.

"Kalau boleh, tunggu dan lihat dahulu hasilnya sebelum membuat perbandingan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran Ketupat Palas Mr Handsome bersama Mira Filzah dan drama tersebut dijangka akan disiarkan Ramadan ini.
Powered by Blogger.