F Dayang Nurfaizah sunting Aizat untuk album baharu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dayang Nurfaizah sunting Aizat untuk album baharu

Memukau peminat dengan lagu Di Pintu Syurga dan Tak Pernah Menyerah hingga satu persatu trofi anugerah lagu dan vokal diraih penyanyi ini sejak dua tahun lalu, Dayang Nurfaizah sedang mengumpul material untuk projek album studio terbaharunya. Merancang dipasarkan akhir tahun ini atau awal tahun depan, penantian Dayang untuk mendapatkan khidmat penyanyi dan komposer muda, Aizat Amdan dalam album itu akhirnya menjadi kenyataan. Namun, biarpun jelas genre balada menjadi kekuatannya, Dayang mengaku, projek menerbitkan album baharu bukanlah sesuatu yang mudah. Seperkara lagi, Dayang perlu mendalami setiap lagu agar hasilnya memuaskan hati peminat. "Sebenarnya, saya sendiri tidak bercinta atau jiwang. Jadi lagu balada akan jadi lebih senang kalau ada pengalaman sendiri. "Saya pula kena bekerja keras untuk rakam lagu balada. Saya banyak buat penyelidikan dan bertanya dengan komposer, contohnya, mengenai maksud yang cuba disampaikan dalam lagu balada ciptaannya. "Jadi, saya kena bayangkan diri seolah-olah mengalami perasaan dalam lagu seperti putus cinta atau 'frust menonggeng'," katanya kepada BH Online. Dayang memberi contoh lagu Di Pintu Syurga yang berkisar cinta tak kesampaian. "Saya cuba hayati lagu itu. Jika peminat dapat menerimanya dengan baik, bererti saya sudah melakukan yang terbaik. "Jika sebaliknya, saya kena cari di mana silap dan kekurangannya andai maksud lagu itu tidak sampai kepada pendengar," katanya yang sudah 17 tahun mengabdikan diri dalam bidang seni. Dayang berkata, dia dan pihak pengurusan lebih cenderung mengambil masa dan tidak terburu-buru dalam menerbitkan album baharu. "Antara pendekatan yang diambil adalah kita mencari single yang bertentangan atau berbeza daripada lagu sebelumnya. "Misalnya, lagu Tak Pernah Menyerah lebih ringan dan mempunyai mesej positif. Lagu Di Pintu Syurga pula lebih dramatik dan sedih," katanya


Powered by Blogger.