F Dayang Mengaku Tak Pandai Bercinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Dayang Mengaku Tak Pandai Bercinta

Penyanyi Dayang Nurfaizah, 35, memberitahu bahawa sememangnya dia tidak pandai bercinta termasuklah walau sekadar cinta monyet.

Menurut pelantun lagu hits Di Pintu Syurga ini, buat masa sekarang dia mahu fokus pada kerjaya dan percaya jodohnya itu akan datang sendiri apabila tiba masanya.

"Setiap wanita pastinya mengimpikan rumah tangga dan ada anak, namun saya percaya itu semua jodoh dan akan datang sendiri apabila tiba masanya. Buat masa sekarang, saya fokus dengan karier dan keluarga namun jika jodoh tiba-tiba datang, apa salahnya"

"Soal sama ada ada lelaki cuba mendekati ataupun tidak, sejujurnya saya tidak perasan semua itu. Jika mahu, datang dan beritahu saya kerana mahu mengharapkan saya memulakannya, memang tidak tahu sampai bila”

“Saya memang tidak reti dan tiada pengalaman bercinta termasuk cinta monyet dan sebagainya,” jelasnya seperti yang dilaporkan Kosmo! online.
Powered by Blogger.