F Daniel Craig Tolak Tawaran Watak James Bond | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Daniel Craig Tolak Tawaran Watak James Bond

PEMINAT setia James Bond bakal menyaksikan kelibat Bond yang baru setelah pelakon Daniel Craig, 48, menyatakan pendirian untuk tidak kembali berlakon dalam sekual filem perisikan tersebut.

Craig menolak tawaran bernilai £68 juta daripada MGM Studio sebagai bayaran untuk dua siri filem terbaru terbitan mereka. Ia termasuk bayaran sebagai jurucakap, perkongsian keuntungan serta peranannya sebagai penerbit bersama.

Mula memegang watak Bond sejak tahun 2005, Craig merupakan pelakon yang menerima bayaran tertinggi bagi empat sekuel filem tersebut iaitu sebanyak lebih £38 juta.

“Dengan kecedaraan lutut ketika pengambaran Spectre dan faktor kepenatan, dia (Craig) merasakan sudah tiba waktunya untuk dia berhenti menjadi Bond”, menurut sumber.

Produksi untuk filem terbaru James Bond sebelum ini telah ditangguhkan apabila Craig terlibat dengan pengambaran bagi 20 episod untuk sebuah televisyen di Amerika Syarikat.

Tom Hiddleston dikatakan bakal menerima tawaran menggantikan Craig.
Powered by Blogger.