F Daniel Craig Agen 007 Terbaik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Daniel Craig Agen 007 Terbaik

Aktor terkenal Hollywood, Daniel Craig, sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau membuat keputusan untuk 'bersara' dari siri James Bond. Bagaimanapun sebelum itu, beliau muncul menerusi siri keempat, Spectre.

Hasrat mahu berundur Craig membuatkan aktris yang pernah terlibat dalam kisah agen rahsia itu, Jane Seymour, terpanggil untuk memeri komen tentang figura berusia 48 tahun itu.

Menerusi satu temubual baru-baru ini, Jane menyatakan bahawa Craig merupakan salah satu bintang terbaik yang pernah memengang watak sebagai James Bond di dalam filem.

"Sebenarnya semua bintang James Bond itu bagus. Tapi kalau bercakap mengenai siapa yang terbaik, bagi saya adalah Daniel Craig selain Roger Moore," ujarnya.

Jane pernah terlibat dalam produksi filem agen 007 sekitar tahun 1973. Dalam siri berjudul Live and Let Die itu dia memengang watak sebagai salah seorang wanita yang menjalin asmara dengan agen 007 yang ketika itu dibintangi oleh Roger Moore.

Menginjak usia 65 tahun, sehingga kini Jane masih aktif berlakon di layar perak.

Terbaharu, dia pernah muncul menerusi drama Wedding Crashers dan parodi filem Fifty Shades of Grey yang berjudul Fifty Shades of Black.
Powered by Blogger.