F Cuaca Cecah -4 Punca Alyah Pengsan di India | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cuaca Cecah -4 Punca Alyah Pengsan di India

Penyanyi Datin Alya mengalami pengalaman pahit apabila jatuh pengsan ketika menjalani penggambaran video klip single terbaharunya, Engkau Miliku, di Utara India, baru-baru ini.

Memetik laporan Instaonline, insiden itu berlaku di lokasi di beri nama Leh, Ladakh.

Tempat tersebut terletak di banjaran Himalaya di ketinggian hampir 4000 meter hingga 5000 meter dari paras laut.

Pada hari kedua penggambaran, disebabkan cuaca yang terlalu sejuk mencecah paras negatif empat, Alyah telah jatuh pengsan.

Oleh kerana kedudukan Leh yang terlalu tinggi maka oksigen juga berkurangan di kawasan tersebut. Ditambah pula awan meliputi kawasan penggambaran di atas gunung.

Keadaan menjadi kelam kabut dan Alyah dipapah masuk ke van dan diberi bantuan oksigen yang memang dibawa untuk kecemasan.

Bukan sahaja Alyah pengsan, laporan turut menyebut, seorang penata busana, Tym, juga turut lemah.

Difahamkan pergerakan di ketinggian sedemikian tidak boleh aktif seperti di kawasan rendah. Ini kerana bekalan oksigen yang kurang menyebabkan jantung berdenyut tiga kali ganda daripada kadar biasa.

Menelan belanja hampir RM150 ribu ini merupakan klip video pertama dari Malaysia yang menjalankan penggambaran di Leh.

Selain itu, penggambaran klip video ini mengambil masa selama 5 hari turut memvisualkan lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa IndraGhandi, New Delhi dan di Agra.

Klip video Engkau Milikku akan dilancarkan sebelum bulan puasa dan Alyah berharap lagu ciptaannya ini akan diterima ramai.
Powered by Blogger.