F Clever Girl semakin difahami | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Clever Girl semakin difahami

Walaupun Clever Girl Malaysia sudah hampir memasuki peringkat akhir, masih ada penonton mempertikaikan cara permainan program realiti kuiz terbitan TV3 itu.

Bagaimanapun, Penerbitnya, Shazreena Kassim memandang positif terhadap isu itu kerana ia menandakan mereka yang mempertikaikan itu menonton Clever Girl.

“Sekarang ramai penonton sudah memahami konsep program ini dan mula memberikan sokongan.

“Namun, masih ada yang kurang berpuas hati terhadap program berkenaan,” katanya.

Shazreena berkata, pihak terbabit perlu berhenti mengkritik kebolehan peserta kerana mereka bekerja keras sejak episod pertama program itu.

“Kebanyakan peserta sudah bekerja dan mereka tiada masa untuk membuat ulang kaji. Jadi, TV3 bekerjasama dengan Persatuan IQ Tinggi Mensa Malaysia untuk memberi latihan kepada peserta sebagai persediaan untuk cabaran setiap minggu,” katanya.

Menurut Shazreena, semua soalan untuk peserta disediakan Mensa Malaysia dan tahap kesukaran dinaikkan setiap minggu.

“Memang pada awal program peserta ditanyakan soalan senang. Namun soalan bertambah susah pada setiap episod,” katanya.

Dalam pada itu, Shazreena berkata, pentas final Clever Girl pada Ahad ini bakal menampilkan elemen kejutan serta persembahan penyanyi tema program realiti itu, Nikki Palikat.

Pada peringkat separuh akhir, Ahad lalu menyaksikan peserta Arina Mohd Fairin Lum, 26, dari Selangor, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha (Kelantan), 28, Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang), 26, dan Jane Lam Wai Chuin (Perak), 24, layak ke pentas final.

Peserta tersingkir adalah An Nurr Nadhirah Abdul Halim (Negeri Sembilan), 26, dan Nur Aliana Ahmad Rozaino (Melaka), 25.

Juara mingguan pula dimenangi Mary, sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000.

Berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, juara CGM bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Saksikan pusingan akhir Clever Girl bersiaran secara langsung dari lokasi sama di TV3, jam 9 malam pada Ahad ini.
Powered by Blogger.