F Cikgu buat soalan matematik dituduh pengganas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cikgu buat soalan matematik dituduh pengganas

Seorang guru yang sedang menyelesaikan permasalahan matematik dituduh pengganas, semalam.

Menurut laporan AFP, seorang penumpang wanita memberitahu kru penerbangan American Eagle bahawa seorang lelaki menulis 'kod pelik' di buku nota.

Lelaki tersebut, Guido Menzio kemudian dibawa berjumpa dengan penyiasat dan diberitahu beliau disyaki 'pengganas'.

Disebabkan insiden tersebut, penerbangan tertangguh selama sejam.

Guido merupakan seorang profesor di Universiti Pennsylvania dan pernah memenangi medal Ahli Ekonomi Itali Terbaik.

Dalam emelnya, Guido mengatakan insiden tersebut disebabkan sentimen anti-Islam dan anti-pendatang.

Kejadian serupa berlaku di California bulan lepas apabila seorang pelajar dihalau dari pesawat kerana bercakap di telefon menggunakan bahasa Arab.
Powered by Blogger.