F Christina Aguilera Berduet Dengan Whitney Houston | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Christina Aguilera Berduet Dengan Whitney Houston

PENYANYI Christina Aguilera dilaporkan bakal berduet dengan Whitney Houston secara hologram menerusi pertandingan akhir program The Voice.

E Online melaporkan Christina akan menyampaikan beberapa lagu milik mendiang sebagai tribut kepada Whitney yang meninggal dunia pada 2012.

Penyanyi itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai persembahan istimewa itu namun mengakui ia cukup istimewa.

"Saya tidak sabar dan teruja dengan persembahan itu nanti," katanya.

Christina turut bertindak sebagai juri program berkenaan bersama Blake Shelton, Adam Lavine dan Pahrell Williams.

The Voice final bakal disiarkan pada 24 Mei ini.
Powered by Blogger.