F Choa AOA Diet Selepas Dikritik Gemuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Choa AOA Diet Selepas Dikritik Gemuk

AHLI kumpulan AOA, Choa memberitahu sedang berusaha untuk diet kerana terkesan dengan kritikan yang diberikan oleh pengikut laman sosialnya.

Choa berkata, beberapa pengikutnya memberi komen pedas memberitahu dirinya kini semakin berisi.

"Berat badan saya naik banyak dan saya pernah terbaca komen pengikut laman sosial bahawa mereka mahu menculik dan mengunci saya di bilik kerana ingin buatkan saya kelaparan.

"Oleh itu, saya sudah beli treadmill secara dalam talian untuk menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, peminat-peminat tegar wanita itu sedih dengan kenyataan tersebut dan meminta agar Choa tidak perlu membaca dan mengambil serius komen di internet.
Powered by Blogger.