F Cemas, lima beranak dikurung jiran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cemas, lima beranak dikurung jiran


Lima beranak terpaksa melalui detik mencemaskan lebih satu jam apabila dikurung di rumah sendiri di Taman Sendayan Indah dekat sini oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu berlaku ketika Norazlin Mohamad Julaihi, 36, bersama dua anak Nor Farah Zahirah Razali, 9, Mohamad Fahim Zafran, 8, dan kakak ipar Rosnah Mat Sharif, 47, serta anaknya Nor Khairunnisa Abidi,14, sedang minum petang di ruang tamu.

Namun seorang lelaki yang merupakan jirannya berusia 20-an secara tiba-tiba dikatakan meluru masuk ke rumah mereka lalu mengunci pintu.

Menurut Norazlin, lelaki itu kemudian telah menariknya dan membawanya masuk ke dalam bilik utama lalu memintanya duduk diam.

"Saya merayu kepadanya supaya jangan buat macam itu, tapi berulang kali dia hanya minta saya diam.

"Kemudian dia bawa kakak ipar saya pula masuk dalam bilik dan ketika itu saya cuba keluar nak selamatkan anak-anak, tapi dia tarik rambut saya dan minta saya diam," katanya.

Kata Norazlin, dua anaknya dan anak saudaranya pula ketika itu sedang menyorok di sebalik langsir  pintu gelongsor ruang tamu.

Namun dari dalam rumah katanya, dia mendengar jiran dan polis cuba memujuk lelaki terbabit supaya membuka pintu.

"Masa itu saya sempat ambil kunci dan hulurkan pada polis dari tingkap bilik. Manakala kakak ipar sempat keluar selamatkan diri dengan keluar ikut tingkap.

"Ketika rundingan dilakukan antara polis dan suspek kami semua selamatkan diri dengan keluar ikut pintu belakang sebelum suspek akhirnya ditahan," katanya.

Suri rumah itu berkata, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat namun masih trauma dengan kejadian berlaku.
Powered by Blogger.