F Cedera bekas isteri, Awie didenda RM2,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cedera bekas isteri, Awie didenda RM2,000

VOKALIS kumpulan rock Awie, didenda RM2000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun dua tahun lepas.

Majistret Husna Dzulkifly membuat keputusan itu atau memerintahkan penyanyi itu menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda.

Prosiding semalam ditetapkan untuk perbicaraan namun Awie memilih untuk menukar pengakuannya selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Pada 15 Februari lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Rozana Misbun, 38, yang ketika itu merupakan isterinya di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada jam 3 petang, 2 Jun 2014.  

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.  

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan di luar mahkamah.
Powered by Blogger.