F Cara atasi kemelut royalti pemuzik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Cara atasi kemelut royalti pemuzik

SEBUAH syarikat baharu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan isu bayaran royalti yang melanda industri muzik tanah air sejak lebih 15 tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat bagi menggantikan dua badan yang menguruskan royalti penyanyi dan pemuzik sebelum ini.

"Isu ini berlarutan sebab sebelum ini terlalu banyak badan yang ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran royalti, hal ini menimbulkan kekeliruan sehingga mengganggu proses pembayaran.

"Jadi, kementerian (KPDNKK) akan mengaturkannya dan ia ditubuhkan secepat mungkin...tarikhnya akan diumumkan nanti selepas syarikat ini ditubuhkan," katanya selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama kira-kira hampir 200 penggiat seni muzik di sini, semalam. ‎

Hadir sama Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Hamzah berkata, semua kutipan royalti ini hanya akan dibuat oleh satu syarikat sahaja dan syarikat tersebut akan mengagihkannya mengikut peratusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, syarikat baharu ini akan dipengerusikan oleh wakil kerajaan melalui KPDNKK manakala keanggotaannya terdiri daripada kumpulan komposer, syarikat rakaman dan wakil artis.

Katanya, kewujudan syarikat baharu ini diharapkan dapat menyelesaikan kemelut ini dan memudahkan urusan pembayaran royalti kepada penggiat seni kelak.
Powered by Blogger.