F Bukan Saya... Saya Tumpang Gembira - Mia Ahmad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bukan Saya... Saya Tumpang Gembira - Mia Ahmad

Pelakon yang popular menerusi drama Hati Perempuan, Mia Ahmad, meluahkan rasa gembira dengan berita Saharul Ridzwan bakal menamatkan zaman bujang.

"Saya gembira mendapat tahu dia akan berkahwin. Perempuan yang dipilihnya bukan saya...Saya tumpang gembira," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Baru-baru ini, media melaporkan, aktor itu bakal berkahwin dengan kenalan lama selepas Aidilfitri.

Mia berkata, dia mendapat tahu berita Saharul merancang bernikah selepas Aidilfitri, beberapa hari lalu.

"Saya tak terkejut. Itu adalah bukti gosip mengaitkan kami bercinta adalah tidak benar.

"Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri," katanya

Sebelum ini, ramai peminat menganggap Saharul dan Mia adalah pasangan ideal selepas mereka digandingkan dalam drama Hati Perempuan di TV3. Malah, gosip cinta lokasi juga hangat diperkatakan biarpun dinafikan Saharul dan Mia. Mia berkata, sebagai lelaki dewasa, Saharul berhak membuat keputusan sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai gosip hubungannya dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi, Mia menjelaskan mereka hanya kawan baik. "

Belum ada apa-apa antara kami. Apabila orang nampak gambar kami bersama, ada yang pantas membuat kesimpulan. Padahal, saya pernah juga keluar dengan lelaki lain.

"Saya kenal Izham atas kawan. Kami pernah keluar beramai ramai tetapi tidak lebih daripada lima kali. Jika diikutkan, saya tak berminat dengan sukan bola sepak.

"Saya tahu Izham adalah ahli sukan daripada teman. Selama mengenalinya, dia sangat menyenangkan," katanya.
Powered by Blogger.