F Bukan pertama kali | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bukan pertama kali

Pelakon Amar Baharin menafikan dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Amyra Rosli seperti yang tersebar di Internet.

Amar, 31, berkata, itu bukan pertama kali dia didakwa sudah bertunang atau merancang berkahwin dengan Amyra, sebaliknya sudah berkali-kali disebarkan pihak bertanggungjawab.

"Buat apa saya nak menipu kalau memang perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, kalau betul ada apa-apa khabar gembira saya akan kongsikan dengan semua.

"Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia. Perkara baik buat apa nak disorokkan. Jadi, saya hanya mengharapkan doa yang baik-baik agar saya dipertemukan jodoh dengan cepat," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama Akadku Yang Terakhir ini turut menjelaskan dia sudah lali dengan gosip yang mengaitkannya dengan Amyra.

Tahun lalu, pasangan dalam drama Suamiku Encik Sotong ini dikhabarkan bakal berkahwin namun dinafikan kedua-dua pihak.

"Tahun lalu kecoh orang kata kami akan berkahwin. Kali ini timbul pula cerita mengatakan kami sudah bertunang. Pesan saya, jangan dengar cakap-cakap orang,€ katanya.

Walaupun kerap menafikan dia dan Amyra sedang bercinta, tetapi Amar akan menerima Amyra jika memang benar gadis itu adalah jodohnya.

Amar juga tidak menafikan Amyra antara pelakon wanita yang paling rapat dengannya memandangkan mereka di bawah pengurusan yang sama.

Kekerapan berlakon bersama dan memuat naik gambar di Instagram menguatkan lagi dakwaan mengatakan Amar dan Amyra sedang bercinta.

€œSaya percaya ramai peminat mendoakan perkara itu, jadi saya aminkan saja. Kalau betul memang jodoh kami, saya terima.

€œLagipun, saya sudah bersedia untuk menjalani kehidupan berkeluarga. Hanya takdir dan masa yang akan menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran peminat," katanya.
Powered by Blogger.