F 'Bukan kali pertama, tapi kali ini paling teruk' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Bukan kali pertama, tapi kali ini paling teruk'

PERKONGSIAN seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai petugas perubatan mengenai rasa kecewa dan sedih dengan sesetengah pengguna jalan raya di Malaysia menjadi viral, hari ini.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook tersebut, individu berkenaan menaiki sebuah ambulans yang sedang menuju ke lokasi kemalangan di Simpang Ampat, Alor Gajah, semalam.

Menurutnya, petugas bantuan menganggarkan tempoh perjalanan ke lokasi kemalangan menjadi 20 minit, tapi lain jadinya.

"It did not (tidak berjaya sampai dalam 20 minit). Kenapa? Salahkan sikap tidak bertanggungjawab pemandu di Malaysia yang menggunakan lorong kecemasan," kata petugas tersebut.

Katanya, walaupun siren ambulans berbunyi, pemandu di lorong kecemasan 'buat pekak' dan tidak berganjak.

"Ini bukan kali pertama dialami oleh petugas kecemasan, tapi ini adalah yang paling teruk.

"Ketibaan ambulan bantuan telah dilewatkan selama 60 minit," luahnya kesal.

Selain perkongsian foto, petugas tersebut juga memuat naik sebuah video yang menunjukkan pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan ketika kejadian.

"Kepada semua pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan lorong kecemasan hari ini, bayangkan jika mangsa kemalangan adalah ahli keluarga atau saudara anda.

"Adakah anda akan buat perkara yang sama? (menyalahgunakan lorong kecemasan)

"Semoga mangsa kemalangan sampai ke hospital tepat pada masanya dan Tuhan rahmati mereka," akhiri beliau.

Gambar dan video yang memperlihatkan tindakan pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan mendapat kutukan netizen di laman sosial.
Powered by Blogger.