F Brooklyn Beckham sudah berpunya? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Brooklyn Beckham sudah berpunya?

SELAIN ibu bapanya, kini Brooklyn Beckham juga sering menjadi perhatian dalam dunia hiburan Hollywood.

Apatah lagi Brooklyn kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktres dan model, Chloe Moretz.

Sejak akhir-akhir ini kelibat pasangan itu sering tertangkap di lensa paparazi sekali gus menguatkan lagi khabar angin yang tersebar.

Terbaru mereka berdua dilihat menghabiskan masa bersama di sekitar Disneyland, Los Angeles, Amerika Syarikat dan mereka juga turut ditemani beberapa teman termasuklah penyanyi Meghan Trainor.

Bagaimanapun, setakat ini sama ada  Brooklyn mahu pun Moretz belum mengesahkan berita itu.
Powered by Blogger.