F Black mahu peminat luah perasaan dalam Anugerah Terindah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Black mahu peminat luah perasaan dalam Anugerah Terindah

Penyanyi Black tampil dengan single baharu berjudul Anugerah Terindah hadiah buat peminat setianya. Black atau nama sebenarnya, Hanifah Hanafiah berkata, lagu ciptaan Omar K itu menampilkan muzik yang lebih matang sesuai dengan dirinya yang sudah tujuh tahun bergelar artis. "Mengenali Omar K, karya ciptaannya mudah dihayati. Proses rakaman juga lancar. "Alhamdulillah, akhirnya single itu dapat diperdengarkan kepada semua. Cuma. ia tidak dimuatkan dalam album kompilasi saya yang dilancarkan baru-baru ini," katanya kepada BH Online. Single Anugerah Terindah berkisar seorang lelaki yang mencintai wanita, namun memilih memendam perasaan itu. Menurut Black, walaupun kisah dipaparkan agak tipikal dan klise, namun dia mahu peminat menggunakan lagu sebagai medium meluahkan perasaan. "Kalau boleh, saya mahu peminat luahkan perasaan menerusi lagu Anugerah Terindah. Ia boleh digunakan sebagai medium untuk kita luahkan perasaan pada pasangan. "Lebih baik jika lagu ini menjadi viral kerana maksudnya penuh dengan rasa cinta yang indah," ujarnya. Sementara itu, pengarah Ghaz Abu Bakar dipertanggungjawab menghasilkan muzik video Anugerah Terindah yang menjalani penggambaran di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak. Projek single Black itu adalah projek usaha sama antara Monkey Bone Records dan Seventeen Eleven Music.


Powered by Blogger.