F Bintang pop Jepun kritikal ditikam peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bintang pop Jepun kritikal ditikam peminat

BINTANG pop Jepun kritikal selepas ditikam berulang kali oleh peminat ketika sedang menunggu untuk membuat persembahan di sebuah konsert di Tokyo, semalam.

Mayu Tomita, 20, ditikam berbelas kali di bahagian leher dan dadanya.

Polis kemudian menahan penyerang tersebut, Tomohiro Iwazaki, 27, di tempat kejadian.

Lelaki itu dilaporkan berang dengan tindakan selebriti itu memulangkan semula hadiah yang diberikan kepadanya.

Penyanyi itu sebelum ini telah membuat aduan kepada polis berhubung peminatnya itu kerana menghantar komen keterlaluan tentangnya di Twitter dalam laman sosial yang lain. itu bulan lalu.

Ketika ditahan selepas melakukan serangan,  lelaki itu memberitahu dia bertindak menyerang hendap di stesen untuk bertanya kepada penyanyi itu tentang hadiah yang diberikannya.

"Saya hilang sabar kerana dia tidak memberi jawapan yang jelas mengenai perkara itu," katanya.

Mayu Tomita mula menceburi bidang nyanyian dan lakonan sebaik menamatkan pengajian kolej.

Pada tahun 2014, dua ahli kumpulan AKB48 diserang seorang lelaki dengan gergaji dalam satu sesi bertemu peminat.
Powered by Blogger.