F Bimbang Dikritik, Hisyam Hamid Rujuk Bacaan Al-Quran Kepada Ustaz | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bimbang Dikritik, Hisyam Hamid Rujuk Bacaan Al-Quran Kepada Ustaz

Dek kerana bimbang sekiranya bacaan ayat-ayat Al-Qurannya dipertikaikan oleh segelintir pihak terutamanya pengguna laman sosial, justeru pelakon Hisyam Hamid mendapatkan tunjuk ajar daripada seorang ustaz.





Memetik laporan mStar online, ustaz berkenaan memantau setiap bacaannya bagi menghidupkan wataknya sebagai seorang ustaz dalam drama Imam Mudaku Romantik.

"Saya baru selesai penggambaran drama untuk siaran Ramadan berjudul Imam Mudaku Romantik bersama Syatila Melvin, apa yang saya bimbang ialah watak saya sebagai seorang ustaz moden yang banyak membaca beberapa surah dan hadis dipertikaikan segelintir pihak.

"Saya tahu tanggungjawab itu berat dalam skrip itu saya perlu ajar mengaji dan solat, saya sudah beritahu pihak produksi. Mereka juga sediakan seorang ustaz yang memantau sepanjang penggambaran itu," ujarnya.

Drama sebanyak 16 episod itu merupakan terbitan Nuansa Filem Sdn Bhd ini akan disiarkan bermula 6 Jun depan di Astro Oasis.

Tambah Hisyam, dalam drama tersebut dia memeggang watak sebagai seorang ustaz yang bebas bergaul, namun mengutamakan faktor syariah.

Powered by Blogger.