F Bikers Unite Club mahu kumpul RM1j | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bikers Unite Club mahu kumpul RM1j

Bukan saja menggabungkan lebih 50 kelab motosikal berkuasa tinggi, program amal Bikers Unite mempunyai misi yang cukup mulia iaitu membantu golongan yang memerlukan.

Lebih menarik, program ini turut dijayakan barisan selebriti popular tanah air seperti Awie, Erra Fazira, Fauziah Latiff, Jehan Miskin, Dira Abu Zahar dan Siti Elizad.

Menerusi program anjuran Bikers United Club (BUC) itu, Awie dan Erra turut dilantik sebagai duta acara berkenaan.

Selaku duta program amal ini, Awie, 48, berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan yang diberikan orang ramai pada program amal itu.

“Pada hari pelancaran program saja, pihak kami sudah dapat mengumpul sebanyak RM60,000. Jumlah kutipan juga terus meningkat dan kami berjaya mengumpul kutipan mencecah RM200,000 setakat ini.

“Kami menjangka jumlah kutipan akan terus meningkat pada acara kemuncak, sekali gus mencapai sasaran RM1 juta,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan program amal Bikers Unite For Charity (Bikers Unite) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Awie berkata, dia sangat berharap program amal itu akan menjadi acara tahunan nanti.

“Alhamdulillah, impian saya untuk menganjurkan program amal ini menjadi kenyataan. Lebih bermakna, ia dapat menyatukan kelab motosikal berkuasa tinggi di negara ini untuk merealisasikan program amal ini. Ahli kelab juga terdiri daripada mereka yang memiliki kerjaya professional tetapi sanggup menjadi sukarelawan dalam program ini,” katanya.

Buat permulaan, kata Awie, program ini me­nyasarkan lima rumah kebajikan pelbagai latar belakang membabitkan rumah warga tua, anak yatim, kanak-kanak tahfiz dan fakir miskin.

Dalam pada itu, program kemuncak Bikers Unite For Charity bakal diadakan 22 Mei ini di Restoran Saloma, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang ­ingin hadir ke program yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik itu boleh membeli tiket berharga RM50 hingga 21 Mei ini.

Awie berkata, 70 peratus daripada hasil penjualan tiket itu akan disalurkan terus ke rumah kebajikan terpilih manakala baki 30 peratus lagi untuk kegunaan kos sepanjang acara berkenaan.
Powered by Blogger.