F Bieber enggan layan peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bieber enggan layan peminat

TIDAK pernah reda dengan kontroversi, kini Justin Bieber sekali lagi bertindak di luar jangkaan apabila dia membuat keputusan tidak lagi melayani peminatnya bergambar atau ‘selfie’ bersamanya.

Tindakan itu sekali gus mengundang rasa kecewa dan marah peminat yang selama ini menyokong kerjayanya sehingga ke tahap ini.

Keputusan itu dilakukan oleh Bieber menerusi Instagram miliknya di mana ia meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan peminat yang keterlaluan sehingga dia menganggap dirinya sebagai haiwan di zoo.

Ternyata, selepas luahan Bieber ini dimuat naik, rata-rata peminat membalas kenyataan tersebut dan menyedarkan bintang itu bahawa kejayaannya adalah atas sokongan mereka selama ini.
Powered by Blogger.