F “BERHENTI CARI KESALAHAN ORANG” - SYAMSUL YUSOF | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

“BERHENTI CARI KESALAHAN ORANG” - SYAMSUL YUSOF

Filem tempatan Munafik Syamsul Yusof yang telah berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM17 juta dalam tempoh 26 hari itu, baru-baru ini timbul satu spekulasi daripada kalangan netizen kononnya filem tersebut mempunyai jampi serapah yang mampu mengundang syaitan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Kalah Dalam Menang itu ada memuat naik status penjelasan mengenai dakwaan tersebut menerusi akaun Instagramnya.

“Dengarkan penjelasan ini dan tolonglah wahai bangsaku, kita sebagai muslim sering mencari dan menuduh manusia lain atau dalam kes ini, filem saya, apabila ada gangguan syaitan yang datang.

“Segalanya atas izin Allah, namun bukan semua yang Allah izin Allah Redha. Bila kita diganggu makhluk itu, ia ujian dari Allah dan kita patut renung hikmah di sebaliknya. Bukan menuduh sesuatu pihak atau filem sebagai punca utama.

“Berhenti mencari kesalahan orang lain, sebaliknya tanya diri kita setiap hari ‘adakah aku seorang muslim yang baik di sisi Allah’,” luah Syamsul.

Sementara itu, pengarah dan pelakon ini turut berharap agar netizen dapat mendoakan kemudahan untuk Syamsul menghasilkan skrip filem Munafik kedua yang dirancang akan ditayangkan pada hujung tahun 2017.
Powered by Blogger.