F Berat Eina susut jaga anak kembar | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Berat Eina susut jaga anak kembar

Pelakon, Eina Azman mengalami penurunan berat badan mendadak selepas 18 hari melahirkan anak kembarnya, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, Februari lalu. Eina yang berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmit pada 31 Ogos 2014 juga tidak menyangka penurunan berat badan secara drastik itu mengejutkan banyak pihak yang mengenalinya. "Saya tidak mengamalkan diet, tetapi berat badan susut sebanyak 30 kilogram (kg) dalam tempoh itu kerana saya memberikan susu badan dan tak cukup tidur. Daripada 85 kg, kini berat saya menjadi 55 kg. "Tambahan pula saya menjaga bayi kembar. Ia memang pengalaman baharu bagi saya. Anak saya pula jenis yang suka berjaga dari jam 3 hingga 7 pagi. Saya hanya dapat tidur dari jam 8 pagi hingga ke 12 tengah hari. "Mujur suami pun turut membantu, selain pembantu rumah yang lebih banyak memberi tumpuan menjaga anak pada sebelah siang hingga ke malam," kata Eina yang sebelum ini menguruskan sendiri hal rumah tangga. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2016 membabitkan rekaan Cosry Kartini di Publika Solaris Dutamas. Sejak bergelar ibu, Eina mengakui dirinya selalu hendak pulang awal sebaik saja selesai urusan kerja. "Hendak menguruskan anak kembar bukan mudah. Sebelum keluar rumah pun saya kena pam susu badan, sekurang-kurangnya empat botol seorang. Malah, saya perlu bangun tiga jam awal untuk menguruskan mereka," katanya. Dalam perkembangan lain, Eina mengakui rindu untuk kembali berlakon. "Begitupun, saya rasa baiklah tunggu anak saya besar dulu. Sudah setahun lebih saya tidak berlakon. Drama Selamat Pengantin Madu menjadi drama terakhir saya jayakan. "Insya-Allah, saya mungkin kembali ke gelanggang seni selepas Aidilfitri nanti. Ketika ini pun ada tawaran yang bertandang, tetapi saya terpaksa tolak dulu," katanya.


Powered by Blogger.