F Belum rezeki saya menang anugerah - Risteena | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Belum rezeki saya menang anugerah - Risteena

Biarpun beberapa kali namanya dicalonkan pada majlis anugerah, namun rezeki belum lagi berpihak kepada pelakon berbakat, Risteena Munim. Pada Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29), 8 Mei lalu, kakak kepada Ruhainies itu tewas di tangan Fathia Latiff dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Sebelum itu, pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015, beliau juga dicalonkan ke peringkat akhir dalam kategori Pelakon Wanita Pilihan menerusi drama Menjinak Ombak. "Saya tidak kecewa sebaliknya bersyukur kerana selepas empat tahun menceburi dunia seni, nama saya sudah dicalonkan dalam kategori filem dan drama. "Setakat ini, saya sudah membintangi empat filem iaitu Mamak Cupcake, Chowrasta, Girlfriend Kontrak dan Anak Mami Nasi Kandaq, yang akan ditayangkan pada musim Aidilfitri nanti. "Saya masih mempunyai masa panjang untuk membuktikan kemampuan diri," katanya yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Spylah Sangat bergandingan dengan Zain Hamid. Risteena juga berkata, beliau dan Ruhainies turut ditawarkan berlakon bersama dalam sebuah produksi. Namun, berikutan jadual seni mereka yang bercanggah, hasrat itu tidak kesampaian. "Saya dan Ruhainies belum pernah berlakon bersama. Dalam hati, tidak dinafikan pasti ada rasa kekok kalau adik-beradik berlakon sama. Begitupun, saya teringin juga hendak berlakon dengannya. "Ruhainies sendiri pernah cakap, kalau ditakdirkan mereka berlakon bersama, pasti saya akan membuli dirinya. Cuma setakat ini memang jodoh kami untuk berbuat demikian belum ada," katanya sambil memberitahu, mungkin hanya adiknya yang akan muncul dalam drama ditawarkan kepada mereka itu.


Powered by Blogger.