F Bekas isteri Awie nekad terus berjuang demi anak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bekas isteri Awie nekad terus berjuang demi anak

Bekas isteri Awie, Rozana Misbun nekad untuk terus memperjuangkan hak penjagaan anak-anaknya. Rozana melalui kenyataan menerusi emel kepada BH Online memberitahu, dia tidak kisah jika bekas suaminya tidak menghormati dirinya sebagai wanita. Namun, Rozana minta belas kasihan terhadap anak-anak yang memerlukan ibu di sisi. "Kalau tidak hormatkan saya sebagai wanita, tidak mengapa. Tetapi pandanglah saya sebagai seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan ketiga-tiga orang anaknya," katanya. Rozana menyifatkan golongan ibu sepertinya memiliki darjat tinggi dan doa mereka dimakbulkan. Rozana mempunyai tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8 dan Putri Qasseh Antasha, 6, hasil perkahwinannya dengan vokalis kumpulan Wings itu. Ketika ini, Rezzki dan Qasseh dijaga Rozana manakala Merrah dipelihara Awie. Pada Khamis lalu, Awie memberitahu BH Online dia akan berjuang di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya. Awie dilaporkan berkata, sudah dua tahun beliau tidak bertemu dengan anak-anaknya itu. Menurutnya lagi, ketika menghubungi Qasseh, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berdasarkan nada perbualan mereka. Selain tiga anak bersama Rozana, Awie juga mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga penyanyi, Arni Nazira Anuar. Bernikah pada 10 Disember 1998, mereka dikurniakan Putri Aleeya Antasha,16, dan Putri Aleefa Antasha, 14, yang sekarang dijaga Awie.


Powered by Blogger.