F Baki Zainal nafi isu peribadi punca tinggalkan Suria FM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Baki Zainal nafi isu peribadi punca tinggalkan Suria FM

Selepas Adibah Noor berundur dari Suria FM, seorang lagi penyampai stesen radio itu, Baki Zainal turut mengambil keputusan sama.

Baki atau nama sebenarnya, Zahamin Baki Zainal, 33, bagaimanapun menegaskan, dia tidak menghadapi sebarang isu peribadi dengan pihak pengurusan radio itu.

Sehubungan itu, Baki menafikan laporan kononnya dia tertekan hingga berhenti kerja.

"Saya mengundurkan diri kerana sudah tiba masanya untuk saya fokus pada bidang pengacaraan televisyen (TV). Soal tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan atau tidak, ia sangat subjektif.

"Stesen radio pasti membuat perubahan setiap masa bagi mengukuhkan nama. Tetapi bagi saya sebagai pekerja, saya berhak membuat keputusan jika tidak boleh menerima sebarang perubahan," katanya kepada BH Online.

Baki menjelaskan, dia meletak jawatan pada 16 Mei lalu selepas memikirkannya sejak tahun lalu.

"Saya suka keluar dan mengembara. Selepas beberapa lama terbabit dalam dunia penyiaran radio, saya mula berasa terkongkong.

"Setiap hari, seawal jam 5 pagi saya perlu menjalani rutin sama untuk ke konti dan mengendalikan program hingga jam 10 pagi," katanya.

Baki berkata, dia sudah memulakan penggambaran program Step Forward terbitan 8TV.

"Jadi sudah tiba masanya saya berundur," katanya.
Powered by Blogger.