F Bakat Yoona (SNSD) Bernilai RM10 Juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Bakat Yoona (SNSD) Bernilai RM10 Juta

Biarpun drama fenomena Descendants Of The Sun yang melabuhkan tirainya baru-baru ini dikatakan antara drama paling popular tahun 2016, namun sebenarnya sebuah drama terbaharu berjudul God Of War Zhao Yun telah memintas populariti drama tersebut.

Mula ditayangkan sejak dua minggu lalu di sebuah saluran televisyen di China, God Of War Zhao Yun yang ditunjangi Yoona, mengungguli rating di negara tersebut.

Perkara tersebut sekali gus membuatkan anggota kumpulan Girls Generation (SNSD) itu mengalahkan populariti yang diraih Song Joong-ki.

Di sebalik kejayaan drama berkenaan, khabarnya Yoona menerima bayaran yang sangat tinggi iaitu sebanyak tiga juta won bersamaan RM10 juta.

Memetik laporan Allkpop, sumber stesen televisyen China berkata: “Yoona telah dibayar dengan jumlah tersebut dan setakat ini, jumlah sebenar masih bergantung kepada pihak produksi untuk menambah nilai bayarannya.

“Bayaran itu sangat besar tetapi ia berpatutan kerana Yoona merupakan anggota kumpulan Girls Generation yang sangat popular.”

Perkara tersebut nyata mengejutkan ramai pihak dan ada yang beranggapan bayaran berkenaan terlalu mahal untuk seseorang pelakon.

Sumber tersebut menambah: “Industri hiburan China tidak hanya mengambil kira populariti, tetapi soal personaliti, sisi peribadi yang dijaga rapi dan profesionalisme. Mengira kriteria itu, Yoona berhak dibayar mahal.”
Powered by Blogger.