F Azwan, Ezzaty Terus Nikah Aidilfitri Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azwan, Ezzaty Terus Nikah Aidilfitri Ini

Pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kini sibuk membuat persiapan pernikahan yang dirancang pada Aidilftri ini.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini memilih tidak bertunang seperti mana pasangan lain sebaliknya majlis merisik yang diadakan sebelum ini dianggap sebagai ikatan untuk mereka berdua sehingga majlis pernikahan nanti.

Pada Mac lalu, keluarga Azwan merisik Ezzaty di kampung halamannya di Bentong, Pahang. Dalam majlis serba ringkas itu, keluarga Azwan turut membawa cincin untuk Ezzaty sebagai tanda.

Mengikut perancangan awal, mereka mahu bernikah akhir Disember ini tetapi dipercepatkan atas persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Kata Azwan, mereka lebih mementingkan majlis risik berbanding tunang memandangkan keluarganya dan Ezzaty belum mengenali antara satu sama lain.

Sementara itu, majlis pernikahan dan perkahwinan yang bakal berlangsung Aidilfitri nanti akan diadakan di Bentong atas permintaan bapa bakal pengantin perempuan sendiri yang mahu ia diadakan di rumah mereka.

Ezzaty dan Azwan juga akui tidak merancang mengadakan majlis besar-besaran sebaliknya mereka mahu bersederhana dan mendahulukan perkara wajib.
Powered by Blogger.