F Aznil Nafi Suntik Botoks, Berhabis RM4,000 Sebulan Demi Kecantikan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aznil Nafi Suntik Botoks, Berhabis RM4,000 Sebulan Demi Kecantikan

Pengacara Datuk Aznil Nawawi menepis dakwaan kononnya dia melakukan suntikan botoks pada wajahnya untuk tampil lebih muda daripada usia sebenar.

Sebaliknya, Aznil, 54, mengakui, dia menghabiskan kira-kira RM4,000 setiap bulan bagi mendapatkan pelbagai rawatan kecantikan menggunakan teknologi terkini.

"Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira.

"Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah  RM4,000 sebulan," ujarnya kepada mStar Online.

Aznil berkata demikian ketika majlis pelancaran produk kosmetik Anell by Aznil Nawawi yang diadakan di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Aznil berkata, sejak mencuba produk kosmatik berkenaan dua tahun lalu, dia dapat mengurangkan belanja terhadap rawatan-rawatan kecantikan yang sering dilakukannya sebelum ini.


"Alhamdulillah saya sudah temui cara paling murah dan selamat untuk menjaga kulit dan kelihatan lebih muda tanpa berbelanja banyak.

"Produk ini merupakan kerjasama saya bersama rakan kongsi Aisyah Nik Jaafar yang mencari formula berkesan ini. Jangan risau kerana ia sudah pun mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Aznil berkata, dia meletakkan harga mampu milik iaitu serendah RM199 yang didatangkan khas dengan empat produk kecantikan.

Kata, Aznil, ia merupakan harga penghargaan buat peminat-peminat yang sentiasa bertanya tentang rahsia wajahnya selama ini.

"Walaupun botol dia nampak mahal dan eksklusif tapi saya sudah beritahu dengan rakan kongsi tidak mahu jual terlalu mahal.

"Saya mahu semua peminat saya mampu beli dan cuba produk tersebut," ujarnya.

Anell by Aznil Nawawi juga merupakan produk kosmatik kegunaan lelaki dan perempuan. Ia juga boleh digunakan dari umur belasan tahun.

Produk boleh didapati bermula 1 Jun 2016 melalui stokis-stokis berdaftar seluruh negara.
Powered by Blogger.